Jamuan Kelas 3 Rancangan Khas

Assalammualaikum . Jamuan Kelas :)

20 NOV 2012 , Selasa

Mula pukul 2.30 . Sekarang dah pukul 2 . Aku tengah fikir nak pakai baju apa . Betul ke nak pakai baju kurung ny ? Serious pergi jamuan kelas pakai baju kurung . Oh pelik . Tapi tu jelah baju yang lawa dan baju yang belum aku pakai dan tunjuk dekat membe aku . K aku try . Eloklah ada baju drpd takde . So ironing proses begin .

2:15 > Mandi , make up , segalanya siap dalam masa 15 minit je . Tunggu Nyna datang dengan nouvo nya then gerak restoren belakang mydin bandar meru raya . Tahukan ? Restoren yang ada pakej karok tu . What karok ? Hahahhaa satu mic aku punya k ? 

Sampai sana ramai dah sampai . Aku ingat dorang datang lambat or pukul 3 baru sampai . Gila semangat . Well last event kami 3RK bersama . Baguslah semua bekerjasama cemni . Senang kerja Atyra dengan Bella :) Mula jumpa Maira Iwana di bawah . Sambut tetamu kata mereka . Hahaha baguslah . Kalau tak nampak dorang sesatlah kami berdua (aku , nyna) . Then naik tangga tu nampaklah penyambut tetamu lagi . Dorang bagi kad kenangan and cek list nama . Tengok-2 ada yang tak bayar duit jamuan lagi . Whatt ? Haih apala .

Okay fast forward . Mulakan jamuan tanpa tetamu undangan . 3RK you know who . Then mula dengan pendahuluan pengacara majlis , Itqan dengan suara lunak dia . Ucapan orang kuat 3RK . Tayangan video special yang Atyra buat untuk 3RK . Terharu juga but time keluar gambar-2 aku , aku like ''WTF?!''. Woy malu . Macam-2 style aku . Manja, manjoi, jodoyy . Teruk . Tapi takpelah . Benda budak kelas je ushaaa . Kan ? ........

Semasa usha tayangan tu , perut mula lapar . So sepakat kami menyerbu meja jamuan . Ala makanan biasa je pun . Nasi goreng , cucur , mee kari dan dan yang aku paling teringin nak makan selama ny bubur Cha Cha . Tahukan ? Hahaha :D 

Then then si Fie ny mula gatal mulut dia ajak aku karok . Aku apalagi terus basuh tangan segala then cari lagu untuk karok . Tiba-2 Nyna datang dekat aku cakap dekat luar hujan . So aku cakap ohh takpelah . Okaylah tu hujan . Uihh apa belaa betul aku ny . Haihhh . Nyna cakap ''Dah tu helmet kita kena hujan lah . Habis basah'' . Aku pun cepat-2 tarik Nyna turun tangga . Udah bertakung air dalam helmet tu . Kalau ada pokok layu , siram air yang bertakung dalam helmet tu dekat pokok tu boleh segar balik . Tahukan ? Takpe-2 , hujan rahmat drpdNya . Potong betul hujan ny . Hahahaha .

K aku sambung karok . Dalam pukul 5 tu  dorang dah kelam nak p mydinlah apalah . Bendanya jamuan habis pukul 5.30 . Tah pape je . Then tak boleh aku nak terus karok . Atyra ajak main music chairs . Mula dengan lelaki . Time lelaki taklah lama mana . Time perempuan uihh lama gampangg . Dahlah aku masuk top 5 . Aku ingat kejap jelah main benda alah ny . Dah lama sikit aku dalam top 2 . Time tu uncle tu (bajet je panggil uncle padahal uncle tu melayu) mainkan lagu final countdown . Lama gila . Aku rasa setengah jam aku berpusing dekat situ . Top 2 aku dengan Mayra . Last-2 aku menang juga . Berbaloi juga aku berpusing lelama tu . Nak tahu apa hadiahnya ? Ish malaslah aku nak aibkan orang . Hahaha fahamkan ?

Then semua gerak mydin . Aku lambat sikit sebab tapau mee kari untuk orang di rumah tuu . Habis segala acara tapau . aku dengan Nyna gerak mydin . Naik sampai tingkat 2 nampaklah dua anak dara berjoget dekat tempat game tu . Aku pun teruja ushalah dorang . Tiba-2 je awek yang menari tu suruh aku gati tempat dia (Fara). Aku pun apalagi , masuk je . Lawan adik manis (Fie) . Wahh . Aku menang juga sekali . Tapi dia menang sampai dua kali . Ala nasib je kan ? Tahukan ?

After tiga match kami gerak ke bowling . Lepak dengan brothers 3RK . Baling dua bola bowling ganti Afiq tapi malangnya dua-2 masuk longkang . Teruks betul aku . Pastu Nyna dengan Fie main satu round bowling (dorang ada duit). Aku main juga , Nyna bagi :D Thanks Nor Irdina (Nyna) .

Haa apa-2 pun best apa buat benda-2 macam ny . Jamuan kelas paling best dalam hidup aku ny . Tahukan ?

Assalammualaikum semua :* Lot Of Love ❤